KUALA LUMPUR, 26 Sept -- Isu penggunaan jet peribadi mewah oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk ke Sabah dan Sarawak, mungkin bukanlah satu isu besar, tetapi lakonan pemimpin pembangkang selama ini yang menggambarkan mereka kononnya tidak membazir, miskin dan sebagainya seolah-olah mempermain dan memperbodohkan rakyat, demikian pandangan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.
Justeru tegas beliau selepas perkara ini didedahkan pembangkang perlu mengakui dan memberikan penjelasan tanpa perlu berputar beliat untuk sembunyikan kebenaran.
"Apa yang kita nampak sekarang ini, isu ini sampai sekarang siapa yang bayar, siapa yang mempunyai jet peribadi ini, masih tidak didedahkan dan diberi penjelasan. Apa salahnya keluarkan fakta-faktanya. Kalau benda ini tak salah, mengapa nak sembunyikannya.
"Kalaulah kita yang selalu mempertikai Perdana Menteri menggunakan jet peribadi kerajaan untuk tugas-tugas beliau, sekarang kita juga sama. Bukankah ini merupakan caka... |
No comments:
Post a Comment