KUALA LUMPUR, 26 Sept -- Kenyataan yang bercanggah antara sama satu lain yang diberi oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang, Tien Chua, Nurul Izzah dan Anwar sendiri dalam menghadapi isu jet peribadi mewah yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang itu, bukanlah satu perkara yang pelik dan menghairankan.
Menurut bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berdasarkan pengalamannya ketika bersama parti tersebut selama lebih lima tahun, jawapan yang bercanggah seperti ini dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang, khususnya PKR merupakan satu perkara biasa.
"Perkara ini senang saja untuk kita nilai. Sekiranya adanya dua tiga jawapan yang berlainan dari pucuk kepimpinan Pakatan Pembangkang tentang sesuatu isu, sudah terang lagi bersuluh ini bermakna ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
"Inilah budaya pembohong itu sudah jadi asam garam dan makanan bagi mereka. Apabila ada satu-satu isu yang timbul, Anwar selalu ingatkan para pemimpinnya agar menafikan dulu perkara itu, kemudian baru kita fikirka... |
No comments:
Post a Comment