| Selangor sejak pentadbirannya diambil alih Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 tidak melakukan sebarang pembangunan melainkan menjaga aset dari kerajaan sebelumnya teraju Barisan Nasional (BN).Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan negeri dilihat tidak menjaga kepentingan rakyat dengan mengabaikan pembangunan semenjak negeri tersebut dimenangi PR pada 2008.
Menurut Zain,laporan audit negeri Selangor merekodkan catatan dagangan tertinggi tetapi pelaksanaan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing tidak dilakukan kerana kerajaan negeri hanya menyimpan dana tersebut.Katanya lagi,semakan terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri mendapati terdapat pelaksanaan dalam perubahan dasar dan tanggungjawab kerajaan negeri yang tidak melambangkan usaha memajukan negeri tersebut.
Maklumat Lanjut Layari http://klpos.com/ekslusif/48822-zin-mohamed--kerajaan-selangor-gagal-laksana-pembangunan |
No comments:
Post a Comment