"Cetuskan Perubahan' adalah sebuah kempen untuk memacu 'Tsunami Politik 2.0' dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal menjelang tiba.
Ia adalah sebuah kempen untuk mengumpulkan wargakota untuk menyebarkan mesej perubahan pulang ke kampung halaman masing-masing. Pakatan Rakyat hanya boleh mengalahkan Barisan Nasional jika keluarga, sahabat dan taulan di kampung benar-benar maklum dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku di dalam negara ini, serta akibat daripada hegemoni BN yang berterusan.
Pakatan Rakyat akan mendepani jalan yang payah dengan kawalan BN ke atas tiga perkara iaitu; wang, media dan jentera kerajaan. BN akan membelanjakan wang pembayar cukai untuk membeli undi rakyat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan berpendapatan rendah. Mereka mempunyai kawalan penuh terhadap semua media arus perdana yang terus-menerus telah terbukti menyiarkan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat dan mensensasikan kejayaan kosmetik BN. BN akan menyalahgunakan sumber-sumber k... |
No comments:
Post a Comment