Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meluangkan masa menziarahi mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Puah, Jalan Gombak di sini hari ini. Lawatan yang dipimpin Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ahli BAKTI meluangkan masa lebih kurang sejam di kampung tersebut dengan melawat tapak kesan kebakaran tersebut. Pada lawatan tersebut, Rosmah yang juga merupakan Yang Dipertua Bakti turut menyampaikan sumbangan kepada 26 keluarga mangsa kebakaran tersebut. "Dengan sumbangan yang disampaikan oleh BAKTI ini diharap dapat meringankan beban mangsa disamping membantu meneruskan kehidupan seharian," katanya dalam ucapan ringkas selepas melawat tapak kesan kebakaran.
Maklumat lanjut layari http://www.klpos.com/ekslusif/51092-bakti-zahir-rasa-simpati-mangsa-kebakaran-kgpuah-rosmah-mansor |
No comments:
Post a Comment