Naib Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa),Datuk Zulkifli Noordin memohon maaf buat kali kedua kepada masyarakat yang beragama Hindu.Menurut Zulkifli,beliau secara terbuka mengakui kesilapannya buat kali kedua apabila terdapat penganut beragama Hindu tidak puas hati dengan permohonan maafnya sebelum ini berikutan klip video ucapannya yang tersebar sejak minggu lalu.
Zulkifli menyifatkan pembangkang mengamalkan politik sempit kerana mengeluarkan semula klip video ceramahnya 10 tahun lalu ketika bersama PAS dan disunting dan melabelkan 'Zul Nordin Perkasa'.Tambahnya,ketika berada dalam PAS beliau telah ditanamkan sifat jumud,ekstremis dan cauvinis sehingga menghina pihak lain demi kepentingan politik sebelum menyedari kesilapan itu dan keluar parti.
Maklumat Lanjut Layari http://www.klpos.com/politik/50621-dikait-video-hina-hindu-zulkifli-noordin-mohon-maaf-buat-kali-kedua |
No comments:
Post a Comment