Sikap kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang menafikan janji manifesto pilihanraya ke-12 (PRU12) terus dipersoalkan menyebabkan Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) dan Pemuda Barisan Nasional (BN) terus menggerakkan jentera turun padang bagi mendengar rintihan rakyat.Antara janji yang gagal ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu adalah berkenaan isu perumahan kos rendah terutamanya untuk golongan muda.Menurut Pengerusi SERANG,Budiman Mohd Zohdi,konteks hari ini adalah mengenai keperluan anak muda memiliki rumah sendiri bagi memulakan kehidupan terutamanya yang baru mendirikan rumah tangga.Sehubungan dengan itu,SERANG dan Pemuda BN terus menggerakkan jawatankuasa mereka turun padang ke Parlimen Kota Raja.
Maklumat lanjut layari : http://klpos.com |
No comments:
Post a Comment