| Kira-kira 7000 orang membanjiri Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara bagi menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Tahunan Pribumi (PERKASA) Negara bagi kali ke-3.Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya melahirkan rasa terharunya dengan kehadiran dan sokongan daripada para perwakilan seluruh negara.Perhimpunan PERKASA tahun ini membawakan tema, 'Hapuskan Petualang Negara'.Menurut Ibrahim, ada pihak yang terus mempertikaikan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.Malah,institusi Raja-Raja Melayu turut diperlekehkan.Oleh yang demikian, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas menyeru kepada seluruh ahli Perkasa agar memandang serius perkara-perkara yang melibatkan Agama, Bangsa dan Negara.
Maklumat Lanjut Layari http://klpos.com |
No comments:
Post a Comment