| Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran dicabar mengemukakan senarai 300,000 penduduk India yang didakwa beliau tidak mempunyai kad pengenalan, dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara. Ketua Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan, S. Subramaniam berkata jika Surendran berjaya mengemukakan 300,000 penduduk India yang tiada pengenalan diri, beliau akan meletakkan jawatan.
Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A.Chandrakumanan berkata, pembangkang hanya cuba bermain politik menjelang pilihanraya. " Hari ini yang datang, menjerit reformasi. Mereka sengaja buat kecoh disini. Kita ada cara dan saluran yg betul. Mereka hasut orang, bawa kebencian masyarakat India terhadap kerajaan (Barisan Nasional), itu hasrat sebenar mereka," ujarnya.
Maklumat Lanjut Layari http://klpos.com |
No comments:
Post a Comment