| PAS menolak tuduhan yang dilemparkan aktivis parti itu Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa kerjasama Pakatan Rakyat tidak berlandaskan Islam.Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor,Khalid Abdul Samad menjelaskan,kenyataan bekas Ahli Parlimen Sik itu merupakan pendapat peribadi yang tidak berkaitan dengan pendirian parti tersebut secara keseluruhan.Beliau berkata,PAS sentiasa merujuk kepada Majlis Syura Ulama' sebelum melaksanakan sebarang keputusan parti termasuklah berhubung kerjasama bersama DAP dan PKR.Ahli Parlimen Shah Alam itu mengulas berhubung dakwaan Prof. Shahnon Ahmad mengkritik kepimpinan PAS yang tidak merujuk landasan Politik Islam dalam melaksanakan keputusan kerjasama dengan DAP sepertimana amalan Rasullullah SAW.
Maklumat Lanjut Layari http://klpos.com |
No comments:
Post a Comment