| KUALA LUMPUR, 21 Sept. Ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.
Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir "Allahu Akbar" serta "Jangan Hina Nabi Kami" dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti "Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion" serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.
Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip memulakan ucapan dan disusuli Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan seterusnya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
Van Sekretariat Hal Eh... |
No comments:
Post a Comment