| KUALA LUMPUR, 21 Sept -- "Kenyataan bahawa manifesto bukan janji memang merupakan cara pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat dan mereka hanya akan berjalan-jalan, bercakap-cakap, bawa fitnah tetapi tidak akan menunaikan apa yang mereka katakan atau mereka janjikan", ujar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Namun beliau yakin apabila rakyat sedar dan mula mengambil tindakan maka pembangkang akan membuat kerja muda dengan menuding jari menyalahkan UMNO, Barisan Nasional (BN).
"Macam mereka ambil kawan-kawan dari UMNO dulu, yang barangkali kecewa... ketika mereka dalam UMNO dulu, mereka ini jahat, busuk dan macam-macamlah tetapi apabila dah berpihak kepada mereka (pembangkang) akan kata mereka (bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyokong pembangkang sekarang) baik, harum, wangi dan sebagainya," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas kemelut politik Selangor dan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ... |
No comments:
Post a Comment