| KUALA LUMPUR, 24 Sept -- Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berpandangan bahawa kemasukan dana asing ke negara ini adalah sesuatu yang baik jika ianya dalam bentuk pelaburan asing.
Ujarnya lagi dana asing juga akan digunakan untuk tujuan pembangunan insan di bawah panji-panji United Nations (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) dan lain-lain pertubuhan yang diiktiraf.
"Segala aktiviti ini sememang dipersetujui dan dipantau selain dipastikan ianya selaras dengan undang-undang serta budaya negara kita. Dalam isu ini, saya agak keliru dengan tahap kemampuan atau competency pihak Bank Negara Malaysia dalam pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang kita.
"Kes terbaru melibatkan penyaluran dana asing kepada pertubuhan tidak berdaftar seperti Suaram menimbulkan beberapa persoalan yang agak merisaukan. Apakah Bank Negara sedar atau tidak tentang kemasukan dana berjuta-juta ringgit ini?," ujarnya mengulas kemasukan dana asing kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) s... |
No comments:
Post a Comment