Search This Blog

Tuesday, June 26, 2012

umnohq just uploaded a video

YouTube Help Center | Email Preferences

umnohq just uploaded a video:

KUALA LUMPUR, 26 Jun -- UMNO sentiasa berusaha mendekati masyarakat dalam pelbagai cara khususnya turun padang dan memberi bantuan sama ada dalam bentuk penerangan, memahami permasalahan dan meringankan beban rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

"Kita tak tunggu orang datang kepada kita tapi kita datang kepada orang kerana kita melaksanakan sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri iaitu turun padang dan mendekati orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra sempena Program 'Food For Life' yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

"Pelbagai rakyat dari pelbagai tempat berpusat di sini dan Jalan Majid India ini adalah antara pusat tumpuan di Kuala Lumpur yang mana ia menjadi lokasi SHEB yang dilaksanakan setiap minggu selama 120 minggu tanpa gagal sejak dilancarkan pada awal 2010," katanya. More

You can unsubscribe from notifications for this user by visiting My Subscriptions.

© 2012 YouTube, LLC
901 Cherry Ave, San Bruno, CA 94066

No comments:

Post a Comment