| Golongan muda yang mengikuti program Kayuhan Cinta Kemaman jelas menunjukkan semangat yang tidak berputus asa walaupun hujan membasahi bumi disaat bermulanya program tersebut sedang berlangsung.Program santai anjuran Barisan Nasional (BN) Kemaman itu telah berjaya menarik lebih daripada 200 orang golongan muda untuk menjalani kehidupan yang sihat dengan mengayuh basikal sejauh 23 kilometer.
Tujuan program itu dijalankan adalah untuk memastikan rakyat di sekitar Kemaman dapat menjalani kehidupan lebih sihat dengan mengadakan aktiviti mengayuh basikal mengelilingi kawasan kemaman yang dipilih untuk program tersebut.Sepanjang program tersebut dijalankan semua petugas yang mengikuti program tersebut jelas dapat mengawal kesemua perserta tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.Sebelum ini, Program Kayuhan Cinta Kemaman telah menarik lebih daripada 2000 orang penduduk Kemaman untuk mengayuh basikal sejauh sejauh 20 Kilometer.
Maklumat Lanjut Sila Layari http://klpos.com/umum/... |
No comments:
Post a Comment