Pakatan pembangkang disifatkan sebagai parti yang melampau ekoran ketiga-tiga parti utama dalam pakatan tersebut mempunyai agenda yang tersendiri dalam menjatuhkan maruah bangsa di Malaysia.Calon BN bagi Parlimen Kemaman,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, parti Pakatan Rakyat (PR) mempunyai agenda tersendiri selepas PR dilihat telah mengatur gerak kerja yang tidak munasabah dan merugikan rakyat Malaysia.
Jelasnya,tiga golongan pelampau tersebut akan mengkucar-kacirkan negara sekiranya golongan tersebut mentadbir negara kerana sehingga kini PR tidak menyelesaikan masalah dalaman dalam parti tersebut.Sebelum itu,beliau sempat mengikuti program rekreasi melalui Program Kayuhan Cinta Kemaman dengan mengayuh basikal bersama lebih 2000 orang penduduk Kemaman sejauh 20 Kilometer.
Maklumat Lanjut Sila layari http://klpos.com/ekslusif/56591-shabery-sifatkan-pr-golongan-pelampau |
No comments:
Post a Comment