| Anak muda Malaysia hampir semuanya sedang berdepan masalah yang serupa: mahu bina kehidupan bersama insan tersayang, tetapi tidak ada wang.
Sebaik melangkah keluar dari institusi pengajian tinggi, ramai yang sudah menanggung beban berat hutang pendidikan. Itu dicampur dengan hutang kereta, sewa rumah, hutang kad kredit, hutang peribadi; perbelanjaan harian yang kian meningkat, bil telefon, bil elektrik, air, makanan, tol, minyak kereta; semua itu membantutkan banyak urusan.
Anak muda Malaysia tidak sepatutnya menanggung begitu banyak beban kewangan. Pakatan Rakyat berhasrat meringankan beban ini apabila mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.
Undilah Pakatan Harapan Rakyat. Ubah sekarang, Bersihkan Malaysia. #IniKalilah |
No comments:
Post a Comment