| Semua pihak yang terlibat dalam proses pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini harus mematuhi undang-undang dan peraturan seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata bagi memastikan proses PRU kali ini berjalan dengan lancar, semua pihak yang terlibat hendaklah menjaga tatasusila semasa berkempen.Tambahnya,SPR turut memperingati mana-mana pihak yang melanggar peraturan semasa proses pelaksanaan PRU seperti rasuah akan disabitkan hukuman penjara dan denda di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).Sementara tu, beliau turut menegaskan semua majikan supaya membenarkan pekerja untuk keluar mengundi dalam satu tempoh yang ditetapkan oleh majikan sebagaimana Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Maklumat Lanjut Layari http://www.klpos.com |
No comments:
Post a Comment