Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, menteri tidak campur tangan dalam pelantikan tersebut kerana ia dibuat oleh Yang Di- Pertuan Agong selepas perbincangan Majlis Raja-raja. "Dalam artikel 40 Perlembagaan Persekutuan juga tidak menyatakan bahawa perdana menteri perlu berperanan dalam perlantikan anggota suruhajaya tersebut. "Ia (peruntukan itu) tidak menyebut peranan perdana menteri... Semua orang jelas, tiada peranan peranan perdana menteri (mengenai hal itu)... Pada pandangan saya, jelas menyatakan tiada campurtangan perdana menteri... Saya percaya pandangan saya adalah betul," katanya di persidangan antarabangsa berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 di Royal Lake Club di sini hari ini.
Maklumat lanjut layari :- http://www.klpos.com/ekslusif/45232-pm-tidak-terlibat-pelantikan-spr-nazri-aziz |
No comments:
Post a Comment