Kenyataan Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua di laman portal Keadilan Daily yang mengatakan kes pencerobohan di Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO menarik perhatian pelbagai pihak termasuk bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat. "Dengan membuat kenyataan sebagai seorang berbangsa Cina, bagaimana pandangan kumpulan masyarakat lain terhadap bangsa Cina? Kalau boleh dia seorang (berbangsa) Cina, baliklah mana tempat yang dia boleh pergi. Saya rasa kalau negara China ada orang begini, begitu juga (dikecam). Saya tak tahulah dia nak pergi mana, dia tak layak, sengaja nak buat huru-hara dalam negara," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Maklumat lanjut layari :- http://klpos.com |
No comments:
Post a Comment