| Ahli Parlimen (MP) Serdang Teo Nie Ching didesak untuk mengambil tindakan saman kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dalam masa tujuh hari berikutan dakwaan salahguna kuasa penyelewengan wang berjumlah RM 16 000 antara Januari 2009 dan Jun 2011.Bekas ahli DAP Cawangan Serdang Yap Kon Ming berkata,tindakan saman tersebut bagi menafikan dakwaan keatas Nie Ching serta pembantu peribadinya dan meminta Tee Beng mengemukakan permohonan maaf diatas dakwaannya itu.
Menurut Ming lagi,Ahli Parlimen Serdang itu pernah berjanji untuk membersihkan dakwaan keatasnya lapan bulan lalu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Tee Beng.Kenyataan Nie Ching meminta Tee Beng mengemukakan permohonan maaf pernah disiarkan dalam akhbar Sin Chew Jit Poh pada 29 Jun 2013.
Maklumat Lanjut Layari http://klpos.com/ekslusif/48312-bekas-ahli-dap-serdang-desak-saman-keatas-mp-nibong-tebal |
No comments:
Post a Comment