| Kerajaan akan menyediakan inisiatif penempatan semula di beberapa kawasan di Timur Sabah bagi menjaga keselamatan awam penduduk di kawasan itu.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kewujudan beberapa penempatan yang dianggap mudah terdedah kepada kemasukan pendatang asing menyebabkan langkah sedemikian perlu diambil bagi membantras punca pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan kawasan timur lain.
Tambah Perdana Menteri,inisiatif penempatan itu perlu dilakukan memandangkan kawasan di Timur Sabah berada didalam keadaan berkonflik dan akan diperluas ke seluruh Sabah apabila keadaan sesuai untuk berbuat demikian.Dalam pada masa yang sama, Perdana menteri turut menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah meragui kesetiaan warganegara Malaysia yang berketurunan Suluk yang mempunyai hak seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang Negara.
Maklumat Lanjut Layari http://www.klpos.com/umum/49141-kerajaan-akan-sediakan-inisiatif-penempatan-semul... |
No comments:
Post a Comment