| Bagi versi filem, Faisal Ishak meluaskan lagi ruang kreativitinya dan mengaplikasi formula pengarahannya yang tersendiri bagi memastikan hasil karya filem pertamanya berkualiti dan memberi impak terbaik buat penonton terutama penonton-penonton setia drama siri Juvana.Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri. Juvana juga berjaya mendapat pengiktirafan apabila memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik di Anugerah Skrin 2011.Ekoran kejayaan dan sambutan yang sungguh luar biasa terhadap drama popular ini mendorong pihak penerbit iaitu Filmscape Sdn.Bhd dan Juita Viden Sdn. Bhd menerbitkan sebuah filem aksi dengan judul yang sama -- Juvana.
Filem Juvana masih lagi mengekalkan pengarah yang sama iaitu Faisal Ishak dan beberapa pelakon asal versi drama seperti Zahiril Adzim, Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul... |
No comments:
Post a Comment