Rata-rata penduduk yang ditemui mengatakan rasa pasrah berhubung tragedi tanah runtuh di kawasan mereka. Namun, mereka berharap agar pihak-pihak yang berkenaan agar terus mengambil iktibar dan pengajaran dengan apa yang berlaku.
Menurut Ahmad Syukri Abd Syukur, 51, apa yang berlaku adalah ketentuan takdir dan tidak sesekali berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Namun, tindakan susulan perlu diambil baik dari segi penyusunan semula struktur tanah atau binaan agar beliau terus dapat kekal menetap disitu.
Manakala bagi Mohd Shabeer Razali, 54, pula, tindakan pantas pihak keselamatan menggerakkan anggota perlu dipuji.
"Polis sampai dalam masa kurang 15minit. Ada sesetengah penduduk disini yang tidak perasan dengan apa yang berlaku (tanah runtuh). Oleh yang demikian, anggota penyelamat dan keselamatan telah memberi amaran kecemasan selain mengetuk setiap pintu rumah penduduk," katanya.
Insiden tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat lalu telah mengakibatkan 106 penghuni rumah bang... |
No comments:
Post a Comment