| Seorang warga emas mendakwa bahawa dirinya telah diperdaya dengan parti DAP sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM13, 500. Tan Kim Swee, 70, seorang penganjur konsert telah mengalami kerugian tersebut setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa enggan membayar balik wangnya setelah menerima 18 buah buku tiket untuk konsert yang dianjurkan. "Pada bulan Februari lalu, saya menguruskan konsert untuk Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan dia Tin Hou Temple. Saya telah memberikan 18 buah buku tiket dan diterima oleh setiausaha Jenice Lee iaitu Bar Lee. "Namun begitu, pihak beliau tidak membayar harga tiket tersebut kerana menggangap ia sebagai percuma. Konsert telah dianjurkan , namun saya masih tidak mendapat wang tiket tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bandar Sungai Long di sini, hari ini. Maklumat Lanjut Layari http://klpos.com |
No comments:
Post a Comment