Satu-satunya peserta lelaki berjaya memenangi pertandingan memasak anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor sempena Karnival Sayangi Selangor di I- City hari ini.Raiei Bin Mahadin, 50, berasal dari Taman Desa, berjaya merangkul gelaran Juara apabila berjaya menewaskan 11 orang peserta lain yang menyertai pertandingan.Beliau bagaimanapun gagal ditemui pemberita untuk ditemubual apabila terpaksa bergegas pulang kerana urusan peribadi.Naib Juara pula dimenangi oleh Indrani, 53, dari Kelang dan tempat ketiga dimenangi oleh Ng Lee Hong, 50, dari Kota Kemuning.Rata-rata perserta dan pemenang berasa amat gembira dengan program berkonsepkan 'Santai Bersama Keluarga' ini.Tema pertandingan masakan tersebut adalah Nasi Beriani yang diadili oleh Datuk Jaafar Onn, dan Senator Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mewakili BN Selangor selaku juri pertandingan.
Maklumat lanjut layari :- http://klpos.com |
No comments:
Post a Comment