Pages

Friday, May 11, 2012

umnohq just uploaded a video

YouTube Help Center | Change Email Preferences

umnohq just uploaded a video:

Seremban, 12 Mei — Seorang wanita warga emas maut, manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal hari ini.

Roha Dol, 79, anggota wanita Umno Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini akibat kecederaan di kepala dan badannya.

Pengarah hospital berkenaan Dr Jaafar Che Mat berkata mangsa disahkan meninggal dunia 5.40 pagi. Kesemua yang cedera pula dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu.

Dalam kejadian pukul 2.58 pagi itu, dua bas berkenaan yang membawa anggota Umno, dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat, Johor setelah menghadiri sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas yang membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala ... More

You can unsubscribe from notifications for this user by visiting My Subscriptions.

© 2011 YouTube, LLC
901 Cherry Ave, San Bruno, CA 94066

No comments:

Post a Comment